Monday, March 23, 2020

PENGENALAN

Goboks Food ni ditubuhkan secara tak langsung selepas kitorang berdua duduk lepak-lepak kat Kluang Cafe dalam Tesco Ampang sambil meluahkan impian masing-masing masa tu.

Kitorang berdua adalah surirumah. Pernah bekerja sebelum ni tapi mengambil keputusan berhenti kerja untuk fokus pada family masing-masing. Disebabkan semangat bekerja tu sentiasa berkobar dalam diri, kitorang memang tak betah nak duduk tenang-tenang di rumah.

Dipendekkan cerita kitorang pon terjebak dengan bisnes online. Namun kepuasan tu tak berapa nak ada. Impian kitorang tika itu nak ada satu jenama yang membawa produk makanan yang premium. Walau berlambak produk luar yang sama, namun tetap takkan sama dengan kualiti dan rasa atau value yang customer dapat. Haa itula impian kitorang.

Kitorang impikan, bila mana orang di luar sana mendengarkan nama 'GOBOKS FOOD', maka dalam fikiran masing-masing adalah, produk yang premium. Goboks Food takkan bawa produk yang biasa. Senang citer produk itu ada keistimewaan yang tersendiri. Haaa gitula yang diberangankan.. hehe

Namun betul la kata orang, nak berjaya ni banyak cabarannya. Banyak dugaannya.
Berapa kali emosi tercalar, hampir jer tersadung, tapi mengingatkan kembali matlamat kitorang, jalan tetap jalan. Biarpon belum mampu berlari lagi, sekurang-kurangnya kitorang dah berjaya bangun dari merangkak. (Syabas diri sendiri..hihi)

Inshaa Allah dari semasa ke semasa kitorang akan cuba bawa produk yang premium untuk penggemar makanan.

Setakat ni, apa yang kitorang bawa ke dalam Goboks Food, walaupon harganya agak berbeza dari produk lain, namun value yang customer dapat sangat berbaloi.

Contohnya Keppok Lekor Ganu ni. 
Walaupon ada produk yang sama di luar sana, namun setelah ramai yang dah beli dari GF, mereka tahu apa yang kitorang bawa ini lain dari yang biasa. 

Begitu juga pai yang kitorang sajikan. Ia tak sama seperti di kedai bakery atau homemade lain. Namun setelah beberapa peminat pai mencubanya, kata mereka ia sangat berbaloi dengan harga kerana kualitinya sama seperti di cafe eksklusif. Alhamdulillah...

Haa dah baca pengenalan kitorang yang panjang lebar ni, boleh la jengah-jengah blog GF ni sambil ushar-ushar produk, dan feedback dari produk yang ada.

Tenkiu uol! ❤❤❤

Luv, 
Que & Aida




No comments:

Post a Comment

[FEEDBACK THE PYES] RASA LEVEL DOME!

RASA LEVEL DOME ! Ya Allah, bila jer dapat feedback sebegini, perasaan tu terus rasa nak melompat tinggi. Seronok sangat. Ini lah y...