Monday, March 30, 2020

[AKTIVITI] PKP HARI KE 12

Tup-tup masuk cerita PKP hari ke 12. Haha
Nak buat lagu mana, blog ni baru wujud 😁

PKP? Apa tu?
Ok, PKP ni Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada semua rakyat disebabkan negara sedang dilanda wabak Covid19. 
Jadi masa ni semua rakyat diperintahkan untuk duduk dalam rumah masing-masing dan diarahkan untuk hadkan pergerakan keluar rumah.
Waktu cerita ini ditaip pon kes kematian dah 37 kes. 😩

Walau apa-apa pon kitorang tetap bersyukur apabila perkhidmatan penghantaran masih lagi on.

Kiranya kalau tetiber uol teringin nak makan pie, rindu nak lepak cafe sambil makan pie ke boleh lagi roger kitorang.

Tengok ni haa. Seorang customer dari Batu Caves ni telah menempah 8 biji pai Chicken Mushroom untuk minum petang.
Dugaan kalau tengah bake pai untuk customer ni adalah...bau pai tu sangat menggoda jiwa. Haha

Pai ni kalau uol nak makan yang dah bake, kitorang boleh tolong bake kan. Kalau nak simpan buat stok pula kitorang supply yang frozen.
Sebelum nak bake tu kita defrost dulu pai, paling molek 1 jam dulu. Selepas tu baru kita bake dalam oven dengan suhu 195 darjah selama 40 minit.

Dah siap bake, kita letak dalam kotak macam ni siap-siap. Oh ye, mini pai tu dapat free tau. Kita bagi untuk beberapa orang customer terawal atau sampai stok habis. 
Siap untuk di hantar. Ni tengah tunggu abang rider mai collect.
Tenkiu abang rider. Kalau tak kerana pengorbanan abang rider, tak dapat la customer kitorang makan pai yang sedap ni. Hehe

Uol nak order jugak?
Kita cover area Ampang dan sekitar. Batu Caves dan sekitar. Shah Alam dan sekitar. Serta Putrajaya dan sekitar.

Meh roger lekas - 013 3123575 / 0182070830


No comments:

Post a Comment

[FEEDBACK THE PYES] RASA LEVEL DOME!

RASA LEVEL DOME ! Ya Allah, bila jer dapat feedback sebegini, perasaan tu terus rasa nak melompat tinggi. Seronok sangat. Ini lah y...