Tuesday, March 31, 2020

[FEEDBACK THE PYES] RASA LEVEL DOME!

RASA LEVEL DOME!


Ya Allah, bila jer dapat feedback sebegini, perasaan tu terus rasa nak melompat tinggi.
Seronok sangat.
Ini lah yang kitorang nak sampaikan. #PremiumPie yang kitorang canangkan bukan sekadar di mulut  sahaja atau pada penulisan.
Kitorang memang merealisasikan pai ni seperti yang uol makan dan rasa di cafe-cafe eksklusif.


Tengok pada gaya plating customer ni, memang terbukti la beliau ni memang dah biasa sangat makan pai di cafe-cafe eksklusif. Kalau ikut style minah atau mat saleh makan, mereka memang selalu padankan pai dengan salads. Hidangan lengkap katanya..

Nak order?
Kitorang cover area Ampang dan sekitar, Batu Caves dan sekitar, Shah Alam dan sekitar serta Putrajaya dan sekitar.

Whatsapp - www.wasap.my/60133123575 atau www.wasap.my/60182070830

Monday, March 30, 2020

[AKTIVITI] PKP HARI KE 12

Tup-tup masuk cerita PKP hari ke 12. Haha
Nak buat lagu mana, blog ni baru wujud 😁

PKP? Apa tu?
Ok, PKP ni Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada semua rakyat disebabkan negara sedang dilanda wabak Covid19. 
Jadi masa ni semua rakyat diperintahkan untuk duduk dalam rumah masing-masing dan diarahkan untuk hadkan pergerakan keluar rumah.
Waktu cerita ini ditaip pon kes kematian dah 37 kes. 😩

Walau apa-apa pon kitorang tetap bersyukur apabila perkhidmatan penghantaran masih lagi on.

Kiranya kalau tetiber uol teringin nak makan pie, rindu nak lepak cafe sambil makan pie ke boleh lagi roger kitorang.

Tengok ni haa. Seorang customer dari Batu Caves ni telah menempah 8 biji pai Chicken Mushroom untuk minum petang.
Dugaan kalau tengah bake pai untuk customer ni adalah...bau pai tu sangat menggoda jiwa. Haha

Pai ni kalau uol nak makan yang dah bake, kitorang boleh tolong bake kan. Kalau nak simpan buat stok pula kitorang supply yang frozen.
Sebelum nak bake tu kita defrost dulu pai, paling molek 1 jam dulu. Selepas tu baru kita bake dalam oven dengan suhu 195 darjah selama 40 minit.

Dah siap bake, kita letak dalam kotak macam ni siap-siap. Oh ye, mini pai tu dapat free tau. Kita bagi untuk beberapa orang customer terawal atau sampai stok habis. 
Siap untuk di hantar. Ni tengah tunggu abang rider mai collect.
Tenkiu abang rider. Kalau tak kerana pengorbanan abang rider, tak dapat la customer kitorang makan pai yang sedap ni. Hehe

Uol nak order jugak?
Kita cover area Ampang dan sekitar. Batu Caves dan sekitar. Shah Alam dan sekitar. Serta Putrajaya dan sekitar.

Meh roger lekas - 013 3123575 / 0182070830


Monday, March 23, 2020

PENGENALAN

Goboks Food ni ditubuhkan secara tak langsung selepas kitorang berdua duduk lepak-lepak kat Kluang Cafe dalam Tesco Ampang sambil meluahkan impian masing-masing masa tu.

Kitorang berdua adalah surirumah. Pernah bekerja sebelum ni tapi mengambil keputusan berhenti kerja untuk fokus pada family masing-masing. Disebabkan semangat bekerja tu sentiasa berkobar dalam diri, kitorang memang tak betah nak duduk tenang-tenang di rumah.

Dipendekkan cerita kitorang pon terjebak dengan bisnes online. Namun kepuasan tu tak berapa nak ada. Impian kitorang tika itu nak ada satu jenama yang membawa produk makanan yang premium. Walau berlambak produk luar yang sama, namun tetap takkan sama dengan kualiti dan rasa atau value yang customer dapat. Haa itula impian kitorang.

Kitorang impikan, bila mana orang di luar sana mendengarkan nama 'GOBOKS FOOD', maka dalam fikiran masing-masing adalah, produk yang premium. Goboks Food takkan bawa produk yang biasa. Senang citer produk itu ada keistimewaan yang tersendiri. Haaa gitula yang diberangankan.. hehe

Namun betul la kata orang, nak berjaya ni banyak cabarannya. Banyak dugaannya.
Berapa kali emosi tercalar, hampir jer tersadung, tapi mengingatkan kembali matlamat kitorang, jalan tetap jalan. Biarpon belum mampu berlari lagi, sekurang-kurangnya kitorang dah berjaya bangun dari merangkak. (Syabas diri sendiri..hihi)

Inshaa Allah dari semasa ke semasa kitorang akan cuba bawa produk yang premium untuk penggemar makanan.

Setakat ni, apa yang kitorang bawa ke dalam Goboks Food, walaupon harganya agak berbeza dari produk lain, namun value yang customer dapat sangat berbaloi.

Contohnya Keppok Lekor Ganu ni. 
Walaupon ada produk yang sama di luar sana, namun setelah ramai yang dah beli dari GF, mereka tahu apa yang kitorang bawa ini lain dari yang biasa. 

Begitu juga pai yang kitorang sajikan. Ia tak sama seperti di kedai bakery atau homemade lain. Namun setelah beberapa peminat pai mencubanya, kata mereka ia sangat berbaloi dengan harga kerana kualitinya sama seperti di cafe eksklusif. Alhamdulillah...

Haa dah baca pengenalan kitorang yang panjang lebar ni, boleh la jengah-jengah blog GF ni sambil ushar-ushar produk, dan feedback dari produk yang ada.

Tenkiu uol! ❤❤❤

Luv, 
Que & Aida




[FEEDBACK THE PYES] RASA LEVEL DOME!

RASA LEVEL DOME ! Ya Allah, bila jer dapat feedback sebegini, perasaan tu terus rasa nak melompat tinggi. Seronok sangat. Ini lah y...